27 September 2011

secebis hati ..

Asalamualaikum..

Hai semua.. saje je nak update blog ary nie.. pagi tadi dah abes paper perniagaan.. tinggal paper ekonomi je esok dan khamis.. pas tuh rushing untuk SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA pula.. lepas tuh bole rushing tok bergembira pula.. hahaha tak sabar rasanya kan..


berbalik pada tajuk kat atas tuh..semua orang tahu mengenai hati.. semua orang ada hati kan.. tapi tadi ina dok godek" blog orang.. pas tuh ina terjumpa article nie..


Ini kisah mengenai dugaan hati. Manusia memang selalu kalah dengan dugaan, tidak kira besar atau kecilnya bentuk dugaan itu . ehh...dugaan juga perkara yang subjektif kan?..patutlah saya pun suka..hehe.

Manusia cepat lupa bila segala-galanya ada di depan mata. cepat lupa diri.cepat lupa asal-usul. bila lupa asal-usul, lupa diri mula lah terjadi macam-macam, perangai pun pelik-pelik, hati yang dulu kuat juga mula goyang.

Kalau dulu, susah-senang dihadapi bersama, tidak kiralah betapa berat pun dugaan dan betapa hebatnya rintangan , kerana hati masih kuat, perasaan masih kukuh, semuanya sanggup diharungi. Tapi bila saja nama dijulang, wang-ringgit dalam genggaman, hati mula goyah.

kalau dulu ada dua keping hati bersatu mesra kini tidak lagi, hati yang satu lagi itu ditinggal dan tidak dipedulikan, bila nama sudah dijulang, dia lupa dan dia tinggalkan sekeping hati itu, sebab dia sudah mula melihat ada berkeping-keping lagi hati yang mudah untuk dicapai. hati yang lebih gebu untuk digenggam dan lebih lembut untuk dijamah.

Itulah manusia yang lupa diri. hati manusia yang mudah goyang, kalah pada godaan wang ringgit dan nama yang dijulang.Mungkin kerana dia lupa, sekeping hati yang merah kerana cintanya itu pernah mengharungi pahit-getir bersama kini sedang berdarah dan menangis juga kerana cintanya yang goyah.

Kepada hati yang melukai itu, ingatlah kisah gembira bersama hati gebu itu tidak selamanya berwarna-warni indah seperti pelangi, satu hari akan pudar juga warna ceria itu. Kepada hati yang dilukai itu, berhentilah dan jangan biarkan hati itu terus menangis, esok-lusa, cepat atau lambat, pasti ada hati baru yang lagi ranum mahu datang mengisi dan mengubati.
credits to kak elia

hah.. best tak.. ambil sebagai pedoman ye semua.. ina pon ambil gak untuk panduan ina terus kan life ina.. apa yang berlaku lepas biarlah lepas.. kita semua hanya manusia biasa yang mampu merancang tapi semua nya biar lah DIA yang tentukan.


dalam life ina.. ina suka "do what we want as long as we can".. ina akan buat apa sahaja yang boleh membuatkan ina tersenyum dan orang sekeliling ina tersenyum juga.. dalam hidup ina tak suka ade permusuhan.. kalau boleh ina nak bermesra dengan siapa sahaja.. tak kira bangsa agama warna kulit and etc.. tapi ina bukan manusia yang sempurna, tidak semua orang senang dengan ina.. tidak semua orang sukakan ina.. tidak semua orang juga kenal SIAPA ina sebenarnya..

Tapi semua manusia mahukan hidup yang sempurna dan selesa.. ina selesa dan bahagia dengan life ina sekarang.. ina mintak maaf jika ada yang tidak suka dengan cara ina sekarang.. siapa kenal ina, dia tahu ina siapa sebenarnya..


Jangan sesekali menilai seseorang hanya dari apa yang dia pakai. apa yang dia makan. apa yang dia buat.. tapi nilai lah seseorang itu daripada hatinya.. orang cakap "TAK KENAL MAKA TAK CINTA".. ina nak ubah sikit boleh?? " TAK KENAL MAKA JANGAN CAKAP BUKAN BUKAN"


Oke thanz for reading.. doakan ina dipermudahkan untuk jawab paper ekonomi ye esok dan khamis.. peace >.<

0 comments: