21 January 2013

Cekalkan hati..

Bermula dengan pertemuan yang singkat daripada laman sosial yang mungkin bila orang dengar akan menjuihkan bibir atau berkata dalam hati bahawa hubungan ini tidak akan kekal lama.. ya.. begitu juga dengan aku sendiri..

Tapi perlu kah kita menjadi hakim yang akan menentukan semua nya tentag kehidupan orang lain?? jawapan nya ada pada diri masing" yang sudah berfikiran waras..

Balik pada tujuan asal hendak menaip.. ya.. aku kenal dengan sidia melalu laman sosial.. bermula dengan perkataan yang singkat seterusnya menjadi hiburan  dan menjadikan gembira kemudian bertemu empat mata dan terbitlah rasa cinta yang sudah lama terpadam..

Setelah setahun setengan tiada yang istimewa, sidia berjaya membuka pintu hati aku untuk menerima kembali insan bernama lelaki dihati aku... kadang" aku tertanya-tanya mengapa begitu mudah untuk aku memberikan hati aku pada dia?? sedang kan belum tentu dia akan menjaga aku..

Hati aku bertanya begitu mungkin kerana aku pernah disakiti sebelum ini.. yang membuatkan aku serik untuk disayangi oleh orang lain.. parut luka kesan torehannya sangat mendalam kepada aku.. yang membuatkan aku benci akan mereka.. tapi aku cekalkan hati dan pujuk hati aku bahawa aku tak patut untuk membenci mereka sedangkan inilah aturan hidup aku yang telah diatur olehNYA..

Setelah beberapa bulan menjalani hidup dengan sidia, beberapa kali juga aku dan sidia tidak sehaluan.. aku mengalah kerna aku tak mahu kejadian lalu berulang kembali.. setiap kali itu juga aku fikirkan keluarga sidia dan juga keluarga aku.. kerna keluarga kami sudah bertemu..

Memang.. aku belum bersedia untuk melangkah ke alam yang baru.. kerna alam yang aku lalui sekarang belum sepenuhnya aku kenali.. aku cekalkan hati hati dan kuatkan semangat aku...

Tapi sekarang,, aku tak tahu ape yang perlu aku lakukan.. kerna hati, keluarga dan sidia membuatkan aku tidak ada haluan.. aku kekusutan sekarang.. kata pepatah.. ditelan mati anak , diluah mati bapak..

Aku selalu berharap bahawa ini adalah jalan terbaik yang aku sendiri plih.. Insyaallah ..


0 comments: